BAB 1
Aku memerhatikan anak muridku yang bermain riang.Telatah mereka membuatkan aku terhibur.Gelak tawa mereka kedengaran sehingga ke bilik guru.Begitulah keadaan Tadika Nur pada setiap hari.Kemudian,aku menyambung semula kerja yang tertangguh.Laporan pengajaran yang perlu disiapkan untuk diserahkan kepada Puan Hasanah.
“cikgu!cikgu!”jerit Ikmal
“Ha,kenapa ni..apa yang berlaku”jawabku cemas
“Niya terjatuh,lutut dia berdarah”jawab seorang lagi muridnya
“Macam mana boleh terjatuh ni?Cikgu kan dah pesan hati-hati.Mari sini cikgu lihat.” Bebelku.
Niya sudah mula menangis teresak-esak.Dia takut melihat darah di lututnya yang terkena batu semasa berkejaran-kejaran dengan kawan-kawannya.
“Jom kita pergi bilik guru.Sapu ubat kat lutut Niya ni ya.”pujukku
Niya mengangguk.Selepas menyapu ubat,aku menghantar Niya balik ke Rumah.Tidak susah mencari tempat tinggal muridnya itu.Sampai sahaja di rumah Niya,mereka disambut oleh seorang pembantu rumah.
Kelihatan seoran wanita separuh usia keluar.Wanita itu terkejut melihat keadaan Amirah dan Niya.Matanya lebih tertumpu ke arah lutut Niya yang berbalut.
“Eh,kenapa dengan lutut cucu saya ni.?”tanyanya cemas.Dia segera menerpa mendapatkan Niya.Amirah dipandang mendapatkan kepastian.
Penat juga dia menerangkan hal sebenar kepada keluarga Nia.Maklumlah dia terpaksa berhadapan dengan orang kaya yang pelbagai karenah.Sempat juga dia disindir.
“Cikgu sekarang ni memang tak pandai buat kerja.Budak kecil pun tak boleh nak jaga.Kerja nak makan gaji buta saja.”Sindir wanita itu.Dia pantang apabila sesuatu terjadi kepada cucu kesayangannya itu.
“Maafkan saya,Datin.Ini memang salah saya.”.Aku mengalah.Malas nak bertekak dengan orang yang sering memperlekehkan tugas guru.
Datin Marina menjeling.Aku terpaksa menahan hati sahaja.
“Kalau tiada apa-apa,saya minta diri dulu.Assalamualaikum”
“Walaikumsalam”
Amir Harris terjaga dari lenanya. Mimpi yang sama lagi dialami. Dia mimpikan arwah kekasihnya,Syuhadah.Syuhadah memintanya mencari adik angkatnya yang telah hilang.Tambah pelik lagi apabila Syuhada meminta supaya dia menjaga adik angkatnya itu.Siapa gadis itu?.Hatinya gelisah memikirkan permintaan Syuhadah.Dia hanya pernah melihat gadis itu sekali.Itupun dalam gambar 3 tahun yang lalu.
‘aku mesti cari dia siapa.kenapa Syu meminta aku menjaganya?Syu,I miss you.”
Hatinya pilu terkenangkan peristiwa 2 tahun lalu.Kematian Syuhadah berlaku di depan matanya.Hasrat melamar gadis itu akhirnya punah.
Tubuh lemah Syuhadah dipeluk.Baju putih yang dipakai dipenuhi dengan darah.Orang ramai mengerumuni mereka.
“Sayang,bertahan ya..you kena kuat untuk I”.Ambulans datang membawa Syuhadah ke hospital.Tetapi,Syuhadah gagal diselamatkan akibat kehilangan banyak darah.
Amir terkejut mendengar perkhabaran itu.
’Tidak mungkin Syu meninggal’.Dia masuk ke dalam wad.Terlihar sekujur tubuh yang berselimut putih.Amir menyelak kain putih itu.Air matanya jatuh.Sedih melihat orang yang dicintai pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.Dia mencium dahi Syuhadah buat terakhir kalinya.
Lamunanya terhenti.Amir Harris menyapu air matanya.Dia bertekad.Adik angkat Syuhadah perlu dicari.Gadis itu akan dinikahi dan dilindungi sebagai memenuhi permintaan arwah kekasihnya.
“Mira,jom makan.aku dah siap masak.”ajak Fina,kawan baik Amira.
“Cepat kau masak.ni mesti telur dadar dan sardine kan.”teka Amira.
“Kau hafal ya menu aku tiap hari.Tapi, kali ini kau salah.Aku masak special sikit.eh,jomlah cepat.perut aku dah berdendang ni.”jawab Fina.Dia nak kawannya itu mencuba masakan yang telah dipelajarinya dari kelas memasak Puan Ruby.
“Yalah,sabarlah sikit nenekku”.sakat Amira.Dia tidak mempedulikan jegilan mata Fina.Dia tersenyum melihat riak muka gadis itu.
“Dah,jangan buat muka macam tu.macam mak nenek tau tak.jom kita makan.”Amira menarik tangan Fina menuju ke meja makan.Mukanya terus berubah melihat lauk-pauk yang terhidang.
“Eh,kau nak buat kenduri doa selamat ke.Makanan punya lah banyak.Larat ke kita nak habiskan ni.”
“Kalau tak habis kita simpanlah untuk esok.Apa gunanya peti sejuk tu?.tinggal nak panaskan je kan.”Fina menjawab selamba
“Betul juga.Kau ni kadang-kadang pintar juga eh”
“Aku dalam kandungan lagi memang dah pandai.dahlah,makan cepat”.
Kedua-dua gadis itu menikmati makan malam mereka dengan gelak ketawa.Amira memuji keenakan masakan Fina.Fina berasa sangat gembira.Lepas ni,bolehlah dia masakkan makanan untuk Faizul.Fina dan Faizul telah mengikat tali pertunangan 2 minggu lepas.Majlis akad nikah pula dilansungkan pada hujung tahun ni.
Fina melihat Amirah.Kawannya itu tidak pernah mempunyai teman lelaki.Sejarah hidup menyebabkan Amira susah untuk membuka pintu hatinya kepada mana-mana lelaki.Amira adalah anak luar nikah.Ibunya meninggal dunia semasa melahirkan Amira hospital dan Amira dihantar ke Pusat Kebajikan Anak-Anak Yatim Hidayah.Ayahnya pula tidak pernak diketahui kerana lelaki itu tidak mahu bertanggungjawab.Kisah itu diketahui oleh Fina daripada ibunya iaitu Puan Khamisah yang juga pengasas kepada Pusat kebajikan Hidayah.
Dia begitu simpati dengan nasib Amira.Oleh itu,dia telah menyuruh ibunya supaya mengambil Amira sebagai anak angkat.Amira tiada sesiapa lagi kecuali keluarga Fina.
‘Siapa lah lelaki yang berjaya buka pintu hati kau ni,Mira’.Hati Fina tertanya-tanya sambil tersenyum melihat gelagat Amira yang begitu leka mencuci pinggan di sinki.
p/s:Ni adalah karya pertama saya.Harap anda terhibur.Jangan lupa tinggalkan komen anda.
0 ulasan:
Catat Ulasan